Peraturan

PERATURAN PENJAGAAN BUKU SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Peraturan ini wajib ke atas semua pelajar yang menerima SPBT. 
Berikut adalah peraturannya:-

1.   Semua buku pinjaman hendaklah dibalut dan dijaga dengan baik. Jaga kebersihan buku teks yang dipinjam.

2. Jangan menconteng dan merosakkan buku-buku pinjaman, sekiranya rosak atau hilang maka pelajar bertanggungjawab untuk menggantikan buku tersebut.

3. Pihak sekolah berhak untuk tidak memberikan pinjaman buku teks kepada pelajar yang belum menggantikan kehilangan buku / kerosakkan teruk buku tersebut.

4.  Tidak dibenarkan meminjamkan buku teks kepada orang lain atau dijual. Buku-buku hendaklah dibawa ke sekolah seperti yang dikehendaki oleh guru.

5.  Sekiranya pelajar terjumpa buku teks di mana-mana sahaja hendaklah menyerahkan kepada guru SPBT, guru bertugas, Penolong Kanan atau ke pejabat.


6.   Buku-buku pinjaman hendaklah dipulangkan pada masa yang ditetapkan oleh sekolah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pelajar tersebut dikenakan denda atau tidak dibenarkan lagi meminjam buku teks.

0 comments:

Post a Comment